Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
garisan pada anyaman tikar
|
garisan pada tali |
|
garisan pada bentuk perabot dan bangunan |
garisan pada bangunan
|
garisan pada jubin |
ii. Contoh Garisan Pada Alam Semulajadi:
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada ombak
|
garisan pada pelepah daun |
|
garisan daripada titisan hujan |
garisan pada urat daun
garisan pada kulit binatang
|
garisan pada akar tumbuhan
|
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
garisan menghasilkan rupa
garisan menghasilkan bentuk
garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang
garisan menghasilkan jalinan
garisan yang mencipta corak
garisan yang mencipta corak
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya